♥`•.¸¸.•´´•:*´¨`*:•.••.¸¸. ´´¯`•♥ NEMO SCREAMO ♥`•.¸¸.•´´•:*´¨`*:•.••.¸¸. ´´¯`•♥

Friday 16 October 2015

SJ Bus ➏➋ In Memory 🚏

Tanggal 15 Oktober 2015, berakhir la perkhidmatan SJ Bus 62 dari KL ke Damai Perdana. Setahun gak la naik bas SJ nie pergi dan balik kerja. Lepas nie terpaksa la naik Rapid KL 46 atau 49. Ikutkan best lagi naik bas SJ sebab cepat sampai berbanding Rapid KL kena tunggu lama sikit.

Lagi pon sebabkan dah selalu naik bas SJ, sampaikan driver bas tu pon dah kenal kami. Last day tu cam sedih plak bila aunty yang handle bas SJ tu buat announcement yang lepas nie bas SJ dah tak masuk area situ lagi sebab dah berpindah area Rawang/Selayang.

Walau pape pon bas SJ tetap dalam ingatan....Bus emoticon Facebook Cry Emoticon




No comments:

Post a Comment